Pendapatan daripada program affiliate sebagai pendapatan utama

Semasa saya masih lagi baru dengan kerja-kerja buat duit online, saya banyak berikan fokus kepada program pengiklanan seperti Nuffnang, Google Adsense dan juga bidvertiser.

 

Saya mula terjun dalam bidang ini pada sekitar tahun 2009 – 2010. Pada waktu ini, cara paling popular untuk buat duit online adalah menerusi program pengiklanan.

 

Selain program pengiklanan, ada juga yang buat duit dengan program jualan dan dropship seperti menjual menggunakan platform ebay.

 

Atas sebab-sebab tertentu, saya kurang berminat nak terjun dalam dunia ebay. Mungkin sebab pada waktu tu, ilmu tentang ebay ni masih agak kurang dan saya tak berapa selesa nak berurusan dengan geng-geng mat salleh.

 

Lagi satu, pada waktu tu, saya juga masih belum ada kad kredit ataupun kad debit saya sendiri. Saya rasa macam terlalu banyak halangan kalau saya nak buat ebay pada waktu tu.

 

Jadi, saya fokus sahaja pada program pengiklanan.

jana-pendapatan-pasif-dengan-program-affiliate

Pada masa yang sama, ada juga program affiliate yang boleh disertai. Namun, saya kurang berjaya dalam program affiliate. Saya merasakan seolah-olah nak buat duit dengan affiliate program ini sangat susah dan hampir mustahil untuk orang seperti saya buat duit menerusi program ini.

 

Sebenarnya buat duit dengan program pengiklanan juga bukan mudah. Kita perlukan sebuah laman web yang mempunyai jumlah pengunjung yang tinggi, barulah kita dapat hasilkan pendapatan yang lumayan.

Continue reading