Laman blog saya kena HACKED sekali lagi?!

Dalam posting saya yang berjudul hosting terbaik untuk blogger bagi tahun 2017, saya ada selitkan dalamnya al kisah bagaimana salah satu daripada laman web saya telah menghadapi masalah akaun kena suspended.

 

Punca sebenar, tidak diketahui.

 

Namun, setelah berkomunikasi dengan pemilik syarikat hosting, saya diberitahu yang semua ini atas sebab keselamatan.

 

Hari ini, posting ini saya catatkan pada tarikh 17 Julai.

 

Web saya tu sekali lagi dilanda masalah. Kali ini masalah lain pulak.

 

Masalah kali ini adalah web saya kena hack.

kena-hacked

Inilah cabaran dan masalah yang perlu dilalui oleh mereka yang nak menggunakan laman web sendiri apabila nak buat duit online.

Continue reading

Amalan kebaikkan yang akan menghapuskan amalan keburukkan

Ada ke yang berani mengaku, bahawa dirinya tidak pernah melakukan dosa? Saya ingin kongsikan hadis yang saya baca dari kitab Ringkasan Riyadhus Solihin tentang seorang lelaki yang telah terlanjur melakukan dosa dan mengajukan masalah tersebut kepada Rasulullah SAW.

 

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibn Mas’ud r.a.:

Maksudnya: Bahawa ada seorang lelaki yang telah terlanjur mencium seorang wanita (yang tidak halal baginya). Lelaki itu lalu datang dan bertanyakan hukumnya kepada Nabi SAW.

Allah pun menurunkan firman-Nya:

Maksudnya: “Dan dirikanlah solat itu pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam. Sesungguhnya amalan kebaikkan itu akan menghapuskan amalan keburukkan.” (Surah Hud 11:114)

Lelaki itu bertanya: “Apakah ketentuan ayat ini hanya berlaku untukku? Baginda menjawab: Untuk semua umatku.” (Riwayat al-Bukhari no.526 dan Muslim no.2763)

 

Potongan hadis diatas, saya ambil dari kitab berjudul Ringkasan Riyadhus Solihin yang disusun oleh Imam Nawawi dan diringkaskan oleh Syaikh Yusuf Al-Nabhani.

kitab-imam-nawawi

Jika ada yang minat nak baca kitab ini, boleh dapatkan menerusi link ini.

 

Link yang saya berikan tu adalah untuk versi penuh. (bukan versi ringkasan). Namun, jika anda nak baca yang versi ringkasan, anda boleh tekan pada link ini. Seperti yang anda dapat lihat, versi yang ada pada simpanan saya juga adalah versi ringkasan.

Continue reading

Beri makanan kepada kucing jalanan

Beberapa hari lepas, saya ada pergi ke Pet Shop. Masa tu niat asal cuma nak beli pasir untuk kucing yang kehabisan.

 

Kesian kucing-kucing kat rumah tu. Terpaksa buang najis dekat pasir yang agak berbau. Jenama yang saya pakai jenis yang murah je. Satu bungkus yang mengandungi 10 liter harganya RM19.

 

Memandangkan kat Lazada tak jual jenama pasir kucing yang saya gunakan, maka terpaksalah beli dari pet shop sahaja.

 

Sambil-sambil tu, saya tanya-tanya juga kalau-kalau ada promosi terbaru.

 

Rupanya memang ada promosi terbaru. Makanan kucing jenama Buttons and Bows tengah ada promosi sekarang. Saya tak ingat berapa harganya. Yang pasti, bawah RM200.

 

Kalau produk Buttons and Bows ni memang ada dijual di Lazada. Harga pun ada macam-macam.

buttons-and-bows-cat-food-18kg

Memang ada yang jual harga yang agak murah, iaitu bawah RM200, tetapi kena tahu juga, adakah harga tersebut termasuk dengan caj penghantaran atau tidak? Adakah penghantaran percuma?

Continue reading

Makanan kucing terbaik yang pernah saya beri kepada kucing-kucing saya

Pada waktu ni, saya sebenarnya tengah download rakaman audio bacaan ayat suci Al-Quran oleh Sheikh Sa’ad Al-Ghamdi.

 

Biasanya saya akan download audio satu per satu. Tapi kali ini, saya ingat nak download sekali 114 buah surah. Failnya juga agak besar, iaitu sekitar 1.4GB. Jadi kena tunggu.

 

Sementara menunggu ni pula, saya ingat saya nak cerita serba sedikit pengalaman beli makanan kucing untuk kucing-kucing kesayangan saya.

 

Makanan kucing jenama Royal Canin

Sila klik sini untuk lihat info makanan ini.

royal-canin-hair-skin-10kg

Mungkin jenama Royal Canin ini adalah yang paling mahal pernah saya belikan untuk kucing saya.

 

Masa mula-mula beli jenama ni, saya cuma bela seekor kucing sahaja. Jadi berani la kalau nak beli makanan yang agak mahal. Lagi satu, masa tu baru pertama kali bela kucing secara indoor.

 

Memang tak bagi dia duduk luar.

Continue reading

Formula Income Seumur Hidup – Adakah program ini sesuai untuk anda?

Adakah anda sudah memiliki pendapatan yang tak akan habis dan tak akan terhenti sampai bila-bila, seumur hidup anda?

 

Bagi sesetengah individu, satu-satunya pendapatan yang dia miliki adalah pendapatan dari kerja yang dia lakukan sekarang ni. Tak kiralah sama ada kerja sebagai seorang eksekutif ke, pembantu jualan, guru atau seorang engineer sekalipun.

 

Itulah satu-satunya pendapatan yang dimiliki.

 

Saya rasa ini adalah satu perkara yang “biasa”. Kita semua akan bermula dengan satu kerja sahaja. Satu kerja dan satu sumber pendapatan.

 

Adakah ianya salah? Nope. Tak salah. Cuma bagi sesetengah orang, ada yang mempunyai keinginan dan kemahuan yang lebih besar daripada gaji atau pendapatan yang diperolehi.

 

Individu seperti ini akan berusaha untuk cari sumber pendapatan tambahan. Tujuannya supaya gaji dari kerja hakiki dapat digunakan untuk meneruskan kehidupan, manakala pendapatan dari kerja sambilan boleh digunakan untuk berseronok atau bercuti.

 

Saya berpandangan, orang yang ada dua atau lebih sumber pendapatan, hidupnya lebih tenang dan lebih baik berbanding mereka yang cuma ada satu sumber pendapatan sahaja.

masalah-bila-kehilangan-pendapatan

Atas ni merupakan keratan akhbar yang pernah melaporkan tentang nasib malang yang menimpa individu yang hanya mempunyai satu sumber pendapatan sahaja.

 

Apabila pekerjaan mereka terganggu, ataupun apabila mereka kehilangan keupayaan untuk melakukan kerja-kerja tersebut, maka pendapatan mereka juga turut terganggu dengan teruk.

 

Apakah ada penyelesaiannya?

Continue reading

Terasa rindu dengan suasana dan pemandangan di Kundasang, Sabah!

Pada bulan Mei yang lepas, saya ada pergi bercuti ke Kundasang, Sabah.

 

Ini merupakan kali pertama saya jejakkan kaki ke Sabah. Sebelum ini, saya hanya berpeluang untuk melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan di FB tentang betapa cantiknya pemandangan di Kundasang.

pemandangan-kundasang-sabah

Sepanjang beberapa hari bercuti di Kundasang Sabah ni, line telefon kejap ada kejap tak ada. Memang agak susah nak online.

 

Kalau nak online pun, kena tunggu balik di resort. Di sana ada disediakan wifi percuma. Itupun saya rasa tak cukup kuat.

Continue reading

Hosting terbaik untuk blogger bagi tahun 2017?

Pemilihan syarikat hosting yang tepat, amat penting dalam memastikan kerjaya sebagai penulis blog tidak terganggu.

 

Apabila kita memilih syarikat hosting yang betul, maka masalah-masalah seperti

(1) Laman web kena serangan hacker

(2) Laman web loading terlalu perlahan

(3) Laman web gagal diakses dengan baik

 

… tidak akan berlaku. Maka kita boleh fokus dengan kerja-kerja kita dengan minda yang tenang.

 

Baru-baru ni, salah satu laman web saya dilanda masalah.

hosting-terbaik-untuk-blogger

Bagi mereka yang biasa baca perkongsian-perkongsian yang saya dah muatkan dalam laman web tersebut, mereka mesti akan rasa kecewa sebabnya laman web tersebut dah tak boleh diakses.

 

Saya pun terkejut juga, bila laman web tu secara tiba-tiba tak boleh bukak. Kalau melihat pada paparan kat atas tu, ianya sebenarnya kena suspended dengan pihak hosting.

Continue reading