Promosikan program affiliate untuk insan yang tersayang

Kita sanggup buat apa sahaja untuk insan yang kita sayang. Tak kiralah sama ada tahap sayang tu berada pada tahap biasa-biasa, ataupun pada tahap sayang sangat-sangat.

 

Seboleh-bolehnya, kita nak lakukan yang terbaik, supaya insan yang kita sayang tu dapat beroleh manfaat.

 

Baru-baru ni, saya buat satu eksperimen mudah. Saya dapati, beberapa laman web yang saya miliki, dah mula menunjukkan tanda-tanda akan memberikan pendapatan yang baik.

kerja-sampingan-tambah-pendapatan

Laman web saya, kebanyakkannya saya promosikan produk-produk yang menawarkan program affiliate. Sama ada program affiliate Involve Asia, program affiliate Lazada, ataupun program affiliate klikjer.

 

Sambil-sambil menulis, sambil tu saya juga buat duit. Jadi, aktiviti menulis ni tidaklah hanya terhad setakat hobi dan suka-suka semata-mata. Matlamat saya adalah untuk membina jaringan perniagaan daripada skill penulisan.

 

Jadi pada satu hari tu, muncul satu idea. Apa kata saya daftar satu program affiliate, tetapi saya gunakan nama orang lain. Dalam keadaan saya, saya pilih untuk daftar menggunakan nama isteri saya.

 

Program affiliate yang saya maksudkan ialah program affiliate klikjer.

Continue reading

Advertisements

Kenapa ada sesetengah penunggang motosikal suka menyusahkan orang lain?

tips-jaga-kereta

Memandu kenderaan sendiri di kawasan bandar, terutamanya di Kuala Lumpur, pada waktu pagi dan pada waktu petang memang cukup mencabar.

 

Kalau waktu pagi, seawal jam 6.30 pagi, dari jalan Loke Yew menuju ke Pusat Bandar, jalan dah dipenuhi dengan kenderaan.

 

Kemudian, jalan yang sama, pada waktu seawal 4 petang, juga dah mula sesak dengan kenderaan. Memang stress.

 

Kadang-kadang tu, kita bukan stress sangat dengan jem disebabkan banyaknya kenderaan, tetapi stress dengan kebodohan dan sikap tak bertimbang rasa sesetengah manusia.

 

Lebih-lebih lagi orang yang bawa motosikal.

penunggang-motosikal

Memanglah bukan semua penunggang motosikal ni bersikap rakus dan tak berhati-hati. Saya pun tak kata semua. Ada sesetengah penunggang motosikal yang menunggang dengan cara yang bahaya.

 

Kalau setakat nak bahayakan diri sendiri, saya tak kisahpun. Lantak pi la… Tapi bila melibatkan keselamatan dan nyawa orang lain, ini boleh menimbulkan rasa marah.

Continue reading

Update kedudukan kontes SEO Rose Face Serum Zeeta di Google – 27 Aug 2017

Ya, saya ada join kontes SEO Rose Face Serum Zeeta.

rose-face-serum-zeeta

Akibat daripada join kontes tersebut, blog ni agak terabai. Bila saya buka blog ni, baru saya perasan… alahai… kali terakhir saya menulis sesuatu dalam blog ni pun rupanya pada 9 Ogos yang lalu.

 

Ada tanda-tanda blog ni akan terabai ni kalau tak buat sesuatu. Jadi, saya pun cari idea, apa agaknya saya nak tulis dalam blog ni.

 

Idea untuk menulis tu memang ada banyak. Tapi mood nak menulis dalam blog ni macam agak kurang. Rasa macam tak best la pula, bila menulis tapi mood tak ada. Hasilnya nanti, ibarat satu penulisan yang tak ada jiwa ha ha ha.

 

Jadinya, selepas berfikir sejenak, maka saya pun buat keputusan untuk gunakan blog ini bagi saya update kedudukan terkini setakat 27 Ogos 2017.

 

Bawah ni adalah screenshot untuk kedudukan di google bagi keyword “Rose face Serum Zeeta” yang dipertandingkan.

Continue reading

Langkah pencegahan elak blog kena hack

Sejak blog saya kena hacked untuk kali yang kedua, saya rasa saya mula jadi seorang yang agak paranoid dalam isu-isu keselamatan.

 

Saya ada juga buat rujukan dari beberapa sumber, untuk dapatkan kepastian, apa sebenarnya yang menjadi punca kenapa sesebuah blog wordpress yang dikatakan paling selamat ni boleh kena serangan hackers?

cara-elak-blog-kena-hack

Rata-rata jawapan yang saya terima, semuanya berpunca daripada kelemahan dan kesalahan pemilik blog atau laman web itu sendiri.

 

Ingat tu! Bukan salah syarikat hosting. Sebaliknya salah sendiri yang tak berhati-hati apabila melayari internet.

 

Saya akan bagi beberapa contoh situasi yang akan mendedahkan diri anda dengan kebarangkalian untuk jadi mangsa hackers ni.

Continue reading

Homestay Al-Qarni di Seri Manjung Perak – Homestay bajet yang SELESA

Baru-baru ini, saya sebenarnya menerima satu tugasan menghasilkan artikel advertorial bagi mempromosi dan memperkenalkan sebuah bisnes homestay yang beroperasi di Seri Manjung, Perak.

 

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama saya mendapat tawaran untuk mempromosikan homestay disini.

 

Kebanyakkan homestay yang pernah saya bantu promosikan sebelum ini adalah homestay yang berada di Terengganu, Homestay di Melaka dan juga di Pulau Langkawi.

 

Menjadi satu cabaran apabila kita ditugaskan untuk promosikan sesebuah homestay, namun pada masa yang sama, kita tak berada secara fizikal di tempat tersebut.

 

Semasa saya menerima tugasan untuk mempromosikan homestay di Bukit Katil Melaka yang diberi nama Homestay Melaka Casa Indah, saya rasa tugasan ini tidak begitu sukar kerana saya diberi peluang untuk berada di tempat tersebut.

homestay-di-bukit-katil-melaka

Saya menginap disitu semalaman bersama keluarga dan kami sempat berbincang mengenai pengalaman menginap di homestay tersebut.

 

Sebenarnya, pelanggan yang mendapatkan khidmat advertorial dari saya ini, mereka mempunyai matlamat akhir yang pelbagai.

 

Ada yang fokusnya adalah untuk saya hasilkan sebuah artikel review berkenaan dengan pengalaman saya menginap di tempat tersebut.

 

Ada yang fokusnya adalah untuk mendapatkan kedudukan yang baik di laman carian google bagi kata kunci tertentu.

Continue reading

Kenapa kebanyakkan peluang kerja data entry secara online adalah scam semata-mata?

Dalam pencarian untuk mencari peluang bekerja dari rumah, saya percaya anda pasti akan temui iklan-iklan kerja kosong yang mempelawa anda untuk bekerja dari rumah sebagai kerani data entry.

 

Apa beza antara kerja kerani data entry secara online dengan kerja kerani data entry yang perlu datang ke pejabat?

 

Memang ada banyak bezanya. Saya akan senaraikan beberapa perbezaan.

data_entry_job_in_malaysia

Kerja data entry secara online

  1. Anda boleh bekerja dengan majikan dari seluruh negara atau seluruh dunia
  2. Kadar upah tidak tetap. Lazimnya, lagi banyak projek atau job yang anda siapkan dalam satu-satu masa, maka lagi tinggi upah yang bakal anda terima. Begitu juga sebaliknya, kalau tak banyak job maka upah juga tak banyak.
  3. Jika majikan anda di Malaysia, upah dibayar dalam RM manakala jika majikan dari luar negara, anda mungkin akan dibayar dalam matawang USD, Pound, Euro dan sebagainya.
  4. Kerja anda mengikut projek. Siap satu projek maka anda akan dibayar. Dalam satu-satu masa, anda boleh lakukan seberapa banyak projek yang anda mahukan.
  5. Kerja boleh dilakukan mengikut keselesaan waktu anda bekerja dengan syarat kerja mesti siap sebelum tarikh akhir (dateline)

 

Berikut ni pula adalah ciri-ciri kerja data entry jika dilakukan di pejabat.

Continue reading

Masalah blog wordpress kena hack dan cadangan penyelesaian

Salah satu dari laman web yang saya gunakan bagi tujuan pemasaran online kena hack. Memang pening kepala bila website kena hacked ni.

 

Dah la web tu memang menyumbangkan pendapatan kepada saya. Bila web tu kena hacked, alamatnya terhenti sudah salah satu sumber pendapatan.

 

Saya ada bincang dengan syarikat hosting. Kot-kot kalau mereka boleh bantu.

 

Ya, memang mereka boleh bantu. Tetapi kena bayar. Bayarannya pula adalah RM250 untuk satu web yang kena hacked.

kena-hacked

Alamak! Mahal tu. Saya ada beberapa web yang kena serang dan memang di hostkan dengan syarikat mereka.

 

Kalau pengiraan saya tak salah, saya ada sekurang-kurangnya 7 website.

Continue reading