Formula Income Seumur Hidup – Adakah program ini sesuai untuk anda?

Adakah anda sudah memiliki pendapatan yang tak akan habis dan tak akan terhenti sampai bila-bila, seumur hidup anda?

 

Bagi sesetengah individu, satu-satunya pendapatan yang dia miliki adalah pendapatan dari kerja yang dia lakukan sekarang ni. Tak kiralah sama ada kerja sebagai seorang eksekutif ke, pembantu jualan, guru atau seorang engineer sekalipun.

 

Itulah satu-satunya pendapatan yang dimiliki.

 

Saya rasa ini adalah satu perkara yang “biasa”. Kita semua akan bermula dengan satu kerja sahaja. Satu kerja dan satu sumber pendapatan.

 

Adakah ianya salah? Nope. Tak salah. Cuma bagi sesetengah orang, ada yang mempunyai keinginan dan kemahuan yang lebih besar daripada gaji atau pendapatan yang diperolehi.

 

Individu seperti ini akan berusaha untuk cari sumber pendapatan tambahan. Tujuannya supaya gaji dari kerja hakiki dapat digunakan untuk meneruskan kehidupan, manakala pendapatan dari kerja sambilan boleh digunakan untuk berseronok atau bercuti.

 

Saya berpandangan, orang yang ada dua atau lebih sumber pendapatan, hidupnya lebih tenang dan lebih baik berbanding mereka yang cuma ada satu sumber pendapatan sahaja.

masalah-bila-kehilangan-pendapatan

Atas ni merupakan keratan akhbar yang pernah melaporkan tentang nasib malang yang menimpa individu yang hanya mempunyai satu sumber pendapatan sahaja.

 

Apabila pekerjaan mereka terganggu, ataupun apabila mereka kehilangan keupayaan untuk melakukan kerja-kerja tersebut, maka pendapatan mereka juga turut terganggu dengan teruk.

 

Apakah ada penyelesaiannya?

Continue reading

Advertisements