Masalah dengan kucing yang suka rosakkan barang

Kenapa mesti nak bela kucing, sedangkan dah tahu kucing ni akan merosakkan barang dalam rumah?

 

Saya cukup cemburu, dengan pemilik kucing yang pandai melatih kucing-kucing peliharaannya. Kebanyakkan kucing yang saya bela, semuanya jenis yang suka merosakkan barang.

 

Ini salah satu barang yang kucing saya rosakkan.

kerosakkan-yang-dilakukan-oleh-kucing

Ya sofa.

 

Mula-mula tu sikit je kesan rosak dia. Setakat tertanggal beberapa benang sahaja. Tapi lepas beberapa bulan, ia mula koyak dan seterusnya jadi macam yang sekarang ni.

Continue reading

Advertisements

Pasir kucing yang saya guna dan saya suka!

Sebelum ini, saya asyik cerita tentang jenama makanan kucing yang saya guna selama ini. Kali ni saya nak cerita pasal pasir kucing pulak.

 

Penggunaan dan pemilihan pasir untuk kucing juga adalah satu perkara yang penting buat mereka yang memelihara kucing dalam rumah, secara indoor. Kalau yang jenis bela kucing, indoor outdoor ni, mungkin tak perlu risau sangat bab pasir kucing.

 

Selalunya, untuk kucing yang boleh bebas keluar masuk rumah ni, mereka tahu kat mana nak cari pasir, dan ada port sendiri nak melepaskan hajat. Tapi saya bela kucing kat apartment. Tingkat 9 pulak tu.

kelemahan-rumah-apartment

Memang tak yakin nak bagi kucing-kucing ni bebas keluar masuk rumah. Nanti ada yang sesat pulak. Lepas tu, kemungkinan untuk kucing-kucing tu nanti berak merata pun sangat besar.

 

Kang ada yang berak dekat kaki lima, berak kat tangga… dah mengotorkan kawasan apartment. Bau busuk, kotor dan membuatkan orang lain tak selesa.

 

Ok dah. Cerita bab pasir.

Continue reading

Blog ini dah jadi blog tentang kucing ke?

Blog ni nampaknya dah jadi blog tentang kucing haha.

 

Pada awal-awal ketika saya mulakan blog ini, saya pun tak pasti, nak tulis tentang topik apa dalam ini. Saya buat keputusan untuk daftar blog ini, sebabnya saya tak nak ada orang lain yang pakai nama saya untuk buat blog.

 

Maksud saya begini… saya dah ada beberapa blog lain yang menggunakan nama sabree hussin. Antaranya

  1. https://www.sabreehussin.com/
  2. https://sabreehussin.biz/

cara-elak-blog-kena-hack

Jadi saya tak naklah nanti, ada yang pandai-pandai pergi daftar blog percuma dekat wordpress lepas tu pakai nama saya pulak.

 

Sebelum benda tu jadi, baik saya cegah dulu, mana-mana yang termampu. Saya bimbang nanti ada yang fikir, blog tu saya punya, walhal pemilik sebenarnya… tak ada sesiapa yang tahu.

 

Mulanya saya ingat nak jadikan blog ni sebagai blog back up. Sebarang artikel yang saya dah pernah tulis dan siarkan dalam blog sebelum ini, saya nak siarkan semula disini. Tapi saya bimbang blog ini di label sebagai blog copy paste oleh google, jadi saya rasa saya tulis je la apa-apa entri dalam ni.

 

Nampaknya, saya lebih banyak tulis pasal kucing dalam ini.

 

Beli makanan kucing jenama Love Cat lagi

Dua bulan sebelum, saya bagi kucing-kucing saya makan kibbles dari jenama Smart Heart.

Continue reading

Habis cuti raya dan selamat bawa balik kucing ke KL

Alhamdulillah… selamat sampai di KL.

 

Sekarang ni pun, saya dah kembali kepada tugas hakiki macam biasa. Masa untuk bercuti dah habis. Sekarang ni, kena kembali fokus untuk bekerja macam biasa.

 

Walaupun pada hakikatnya, saya boleh pilih sama ada nak bekerja atau nak bercuti, memandangkan saya bekerja sendiri, tapi saya rasa, bekerja tu lebih baik haha

 

Sekurang-kurangnya, bila saya buat sesuatu, sedikit sebanyak akan memberi impak kepada pendapatan yang bakal dihasilkan.

 

Raya baru-baru ini, saya ada bawa dua ekor kucing saya untuk balik bercuti di Kedah. Perjalanan ambik masa lebih kurang 6 jam.

koleksi-gambar-kucing

Biasanya dalam 5 jam dah boleh sampai. Tapi biasalah, musim perayaan macam ni, tak boleh bawa laju-laju.

 

BAHAYA.

Continue reading

Bawa kucing balik kampung dan perjalanan jauh

Setiap kali tiba musim perayaan, ataupun sampai waktu nak pergi travel, salah satu perkara yang akan memberikan saya “sakit kepala” adalah tentang macam mana cara nak urus kucing-kucing kesayangan saya tu.

 

Kalau cuma short vacation, saya tak risau sangat. Misalnya cuma pergi bercuti ke Cameron Highland setakat 3 hari 2 malam atau sekadar meluangkan masa hujung minggu untuk pergi beriadah di pantai peranginan di Port Dickson.

 

Sepanjang masa bercuti tu, memang saya akui, rasa tak begitu tenang. Sesekali teringat kucing-kucing yang ditinggalkan.

Ada lagi ke makanan untuk kucing-kucing tu semua?

Cukup ke tak makanan kucing tu?

Macam mana dengan air? Adakah diorang tumpahkan air?

Pasir pulak macam mana? Adakah semua dah kotor dan perlu tukar baru?

kucing-sangat-manja

Biasanya, kalau saya perlu tinggalkan terlalu lama, iaitu melebihi 3 hari, saya akan minta tolong adik datang ke rumah untuk tengok-tengokkan kucing-kucing saya tu.

Continue reading

Share link boleh dapat duit dengan Adhance

Kerjanya mudah sahaja.

 

Anda hanya perlu share link dan anda akan dapat duit. Ini bukti pendapatan yang telah saya perolehi setakat ini.

dapat-duit-share-link

Jumlah penuh yang telah saya perolehi adalah sebanyak RM1,029.60

 

Jadilah. Kiranya dah 4 angka juga kan. Siapalah yang nak tolong bagikan, kalau bukan kena usaha sendiri? Usaha yang perlu dilakukan pun, bukannya susah sangat. Cuma perlu share link sahaja, dan lepas tu, dapat bayaran pulak.

 

Mungkin ada yang nak tahu, pendapatan ini datangnya dari program apa? Jawapannya ialah, dari Program Adhance.

 

Kalau anda juga minat nak buat duit, macam yang saya buat ni, sila buat pendaftaran segera di laman web ini.

Continue reading

Beli jam tangan jenama Casio G-Shock Original dengan harga murah

Pada 1 – 4 Jun 2018 yang lalu, laman web ini ada menjalankan kempen promosi besar-besaran sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

 

Kempen tersebut dipanggil kempen Riang Ria Raya. Bersempena dengan kempen ini, banyak juga barangan yang related dengan musim perayaan ini, ditawarkan dengan harga yang agak rendah.

 

Oleh sebab kebanyakkan persiapan raya tahun ini, saya dah siapkan dari awal, maka saya tak beli apa-apa dari laman web tersebut. Cuma sekadar tengok-tengok apa yang menarik yang ada kat situ sahaja.

 

Dalam banyak-banyak produk yang dijual tu, saya tertarik betul dengan tawaran promosi Jam Tangan Jenama Casio G-Shock yang dijual dengan harga yang agak murah.

 

Saya cuba buat booking, dan lepas masukkan kod diskaun semua tu, harga akhir yang ditawarkan kepada saya adalah RM350.10 sahaja!

jam-jenama-casio-gshock-murah

Banyak juga penjimatan yang ditawarkan tu. Dari harga asal RM799, kini sempena dengan kempen promosi tu, jumlah yang perlu bayar hanyalah RM350.10

Continue reading