Beli makanan kucing secara online di Lazada atau Shopee

Saya rasa, macam dah lama sangat tak beli makanan kucing dekat Pet Shop.

 

Sekarang ni saya lebih kerap beli makanan kucing secara online sahaja. Kalau tak beli dari Lazada, saya akan beli melalui laman web Shopee.

 

Senang nak buat price comparison kalau beli kat online marketplace macam dua tu.

berniaga-di-shopee

Kadang-kadang tu, even dalam Lazada or Shopee, ada lebih daripada seorang penjual. Harga pulak macam berlawan-lawan. Kita rasa penjual A macam dah bagi harga murah, tapi bila semak lagi harga, penjual B boleh tawarkan harga lebih rendah.

 

Pada masa yang sama, saya juga jarang jumpa iklan produk makanan kucing yang dijual di Lazada ataupun Shopee yang harganya sama macam kat kedai. Biasanya lagi murah.

 

Of course, kalau beli kat kedai, kita boleh dapat pada masa itu juga. Tapi kalau beli online, kena tunggu masa penghantaran dan sebagainya.

 

Bila kita dah dapat barang yang kita pesan tu pula, belum tentu barang yang kita perolehi tu akan datang dalam keadaan yang memang betul-betul memuaskan hati.

 

Itu part yang tak berapa syok, tapi boleh jadi harga yang murah itu adalah sebagai satu bentuk reward untuk masa menunggu yang perlu kita lalui dan juga sebarang kejutan yang kita sendiri tak plan nak lalui.

 

Macam tu la kisahnya.

 

Selagi mana harga online masih murah berbanding harga di kedai fizikal, selagi itulah saya akan terus beli secara online. Cuma kita sebagai pengguna, kena bijak untuk atur masa.

 

Janganlah nak tunggu makanan kucing tu dah habis kering, baru nak order. At least kita bajet, agak-agak lagi seminggu nak habis, masa tulah kita buat tempahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s