Beli makanan kucing secara online di Lazada atau Shopee

Saya rasa, macam dah lama sangat tak beli makanan kucing dekat Pet Shop.

 

Sekarang ni saya lebih kerap beli makanan kucing secara online sahaja. Kalau tak beli dari Lazada, saya akan beli melalui laman web Shopee.

 

Senang nak buat price comparison kalau beli kat online marketplace macam dua tu.

berniaga-di-shopee

Kadang-kadang tu, even dalam Lazada or Shopee, ada lebih daripada seorang penjual. Harga pulak macam berlawan-lawan. Kita rasa penjual A macam dah bagi harga murah, tapi bila semak lagi harga, penjual B boleh tawarkan harga lebih rendah.

 

Pada masa yang sama, saya juga jarang jumpa iklan produk makanan kucing yang dijual di Lazada ataupun Shopee yang harganya sama macam kat kedai. Biasanya lagi murah.

 

Of course, kalau beli kat kedai, kita boleh dapat pada masa itu juga. Tapi kalau beli online, kena tunggu masa penghantaran dan sebagainya.

Continue reading