Apa agaknya nasib kucing terbiar ni nanti?

Hari ni, bila saya selesai parking kereta, saya didatangi oleh seekor kucing. Saya dah beberapa kali terserempak dengan kucing ni, cuma biasanya kalau nampak saya, dia akan lari.

 

Kali ini, bila dia nampak saya, dia tak lari. Sebaliknya dia terus datang ke kaki saya. Saya agak, kucing ni mesti tengah lapar. Kalau tak, jangan haraplah dia nak datang dekat.

 

Macam biasa, stok makanan yang memang saya ada sediakan dalam kereta, saya berikan sedikit pada dia. Bukan banyak pun, dalam satu scoop sahaja.

kucing-tepi-jalan

Sebelum ni pernah bagi lebih, tapi lepas tu dia makan tak habis. Saki baki yang ditinggalkan tu pulak akhirnya kena hurung dengan semut. Kalau kebetulan masa tu hujan turun, habis rosak. Dah tak boleh makan.

Continue reading

Semoga lepas ni ada orang yang akan terus bagi makan pada kucing jalanan

Masuk dalam perkarangan apartment, saya terus cari tempat yang sesuai untuk parking kereta. Ada dua tempat yang biasa saya akan pilih untuk parking.

 

Pertama, dibahagian sisi bangunan. Tempat ni saya pilih sebab permukaan bumi yang agak condong. Orang tak akan buat double park kat sini.

 

Satu lagi tempat yang saya suka pilih ialah dibahagian belakang apartment.

masalah-parking-rumah-apartment

Dekat sini ruangnya agak sempit. Cuma boleh memuatkan sebaris kenderaan sahaja. Kalau ada penghuni apartment ni yang cukup bodoh,dia mungkin akan cuba double park kat sini.

 

Apartment tempat saya duduk ni, dulunya pernah ada parking space yang cukup luas. Kalau keluar malam pun, tak perlu risau tak ada parking. Tapi sejak adanya projek pembinaan lebuhraya SUKE, semuanya mula berubah. Parking dah jadi terhad sebab projek ni, dah ambik parking space penduduk sini.

Continue reading

Masalah dengan kucing yang suka rosakkan barang

Kenapa mesti nak bela kucing, sedangkan dah tahu kucing ni akan merosakkan barang dalam rumah?

 

Saya cukup cemburu, dengan pemilik kucing yang pandai melatih kucing-kucing peliharaannya. Kebanyakkan kucing yang saya bela, semuanya jenis yang suka merosakkan barang.

 

Ini salah satu barang yang kucing saya rosakkan.

kerosakkan-yang-dilakukan-oleh-kucing

Ya sofa.

 

Mula-mula tu sikit je kesan rosak dia. Setakat tertanggal beberapa benang sahaja. Tapi lepas beberapa bulan, ia mula koyak dan seterusnya jadi macam yang sekarang ni.

Continue reading