Habis cuti raya dan selamat bawa balik kucing ke KL

Alhamdulillah… selamat sampai di KL.

 

Sekarang ni pun, saya dah kembali kepada tugas hakiki macam biasa. Masa untuk bercuti dah habis. Sekarang ni, kena kembali fokus untuk bekerja macam biasa.

 

Walaupun pada hakikatnya, saya boleh pilih sama ada nak bekerja atau nak bercuti, memandangkan saya bekerja sendiri, tapi saya rasa, bekerja tu lebih baik haha

 

Sekurang-kurangnya, bila saya buat sesuatu, sedikit sebanyak akan memberi impak kepada pendapatan yang bakal dihasilkan.

 

Raya baru-baru ini, saya ada bawa dua ekor kucing saya untuk balik bercuti di Kedah. Perjalanan ambik masa lebih kurang 6 jam.

koleksi-gambar-kucing

Biasanya dalam 5 jam dah boleh sampai. Tapi biasalah, musim perayaan macam ni, tak boleh bawa laju-laju.

 

BAHAYA.

Ada sekurang-kurangnya dua jenis bahaya atas jalan raya. Pertama, bahaya disebabkan oleh kemungkinan untuk terjadi kemalangan jalan raya, disebabkan kenderaan hilang kawalan.

 

Bahaya kedua pula, disebabkan oleh terlalu banyak kamera perangkap had laju yang dipasang di lebuhraya.

 

Saya kadang-kadang keliru juga, dekat mana yang boleh bawak 110km/j dengan tempat yang cuma boleh bawak 90km/j

 

Sebelum ini, semasa saya dalam perjalanan nak pergi bercuti di Cameron Highland, melalui lebuhraya Utara Selatan dan exit di Simpang Pulai, saya kena saman AES di Kampar.

 

Tak pasal-pasal RM150 terbang sebab nak bayar saman tu. Satu perbelanjaan yang sia-sia. Saya pun tak ingat, macam mana boleh terlebih had laju. Mungkin waktu tu, saya tengah memotong kenderaan dekat depan saya, yang memandu terlalu perlahan.

 

Nasib tak baik, ada kamera AES.

 

Sekarang ni, kalau jalan jauh, saya terpaksa maintain kelajuan sekitar 100 – 110 sahaja untuk keselamatan.

 

Betul lah kata orang tua-tua… biar lambat asalkan selamat.

 

Selamat dari kecelakaan jalan raya, dan selamat dari kena saman speed trap.

 

Cuti raya kali ini, saya balik ke Kedah dari KL, tiga hari awal. Sempat berpuasa dan bukak puasa di Kedah. Waktu buka puasa kat Kedah lewat sikit dari KL, rasa tak sabar jugak nak tunggu waktu bukak puasa.

 

Lepas tu, pagi hari raya kedua, dah bertolak balik ke KL. Itupun kenderaan masih agak banyak di lebuhraya PLUS. Kenderaan yang menuju kearah utara pun masih banyak.

 

Tak pasti, sama ada itu kumpulan yang baru nak balik hari raya lepas sembahyang raya, atau kumpulan yang memang tersekat dekat R&R sejak dari malam sebelumnya.

 

Apa pun, dalam perjalanan yang panjang ni, sudah tentu, saya cukup risau dengan dua ekor kucing yang saya bawa sekali. Semua tips yang saya tau untuk bawa kucing dalam perjalanan jauh telah saya amalkan.

Baca juga: Bawa kucing balik kampung dan perjalanan jauh

Baru-baru ini, saya ada tempah pondok khas untuk kucing. Saiz yang boleh muat lebih kurang 10 ekor kucing dewasa.

 

Tujuannya supaya senang kalau nak pergi bercuti atau kalau nak pergi jalan jauh. Tinggalkan je kucing-kucing tu dalam pondok kucing tu, dan mintak tolong siapa-siapa yang ada kat kampung saya (di Klang) tolong tengok-tengokkan. Jadi tak perlulah mereka nak tempuh perjalan beratus-ratus KM lagi lepas ni.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s