Bawa kucing balik kampung dan perjalanan jauh

Setiap kali tiba musim perayaan, ataupun sampai waktu nak pergi travel, salah satu perkara yang akan memberikan saya “sakit kepala” adalah tentang macam mana cara nak urus kucing-kucing kesayangan saya tu.

 

Kalau cuma short vacation, saya tak risau sangat. Misalnya cuma pergi bercuti ke Cameron Highland setakat 3 hari 2 malam atau sekadar meluangkan masa hujung minggu untuk pergi beriadah di pantai peranginan di Port Dickson.

 

Sepanjang masa bercuti tu, memang saya akui, rasa tak begitu tenang. Sesekali teringat kucing-kucing yang ditinggalkan.

Ada lagi ke makanan untuk kucing-kucing tu semua?

Cukup ke tak makanan kucing tu?

Macam mana dengan air? Adakah diorang tumpahkan air?

Pasir pulak macam mana? Adakah semua dah kotor dan perlu tukar baru?

kucing-sangat-manja

Biasanya, kalau saya perlu tinggalkan terlalu lama, iaitu melebihi 3 hari, saya akan minta tolong adik datang ke rumah untuk tengok-tengokkan kucing-kucing saya tu.

 

Misalnya masa saya pergi bercuti ke Sabah satu masa dulu. Percutian tu ambil masa lebih dari 3 hari, jadi memang kena ada seseorang untuk tengok-tengokkan kucing.

 

Nak hantar kucing pergi boarding? Saya rasa tak berapa sesuai. Lagipun, kosnya agak mahal, memandangkan kucing saya ada lebih dari 10 ekor.

 

Kadang-kadang, nasib tak berapa menyebelahi. Misalnya masa cuti raya, dan tak ada siapa yang nak tolong tengok-tengokkan kucing yang ditinggalkan. Masa ini, kena buat pembahagian.

 

Ada kucing yang saya terpaksa tinggalkan di rumah, dan ada kucing yang saya terpaksa bawa balik untuk pulang ke kampung. Ya, terpaksa.

 

Saya rasa, untuk tinggalkan semua dalam rumah, agak berisiko. Saya bimbang kalau-kalau makanan tak cukup bila kucing ada terlalu banyak.

 

Apa yang saya perasan, kucing ni, bila kita tinggalkan makanan yang agak banyak, untuk beberapa hari, mereka ni ada perangai suka habiskan makanan.

 

Tak tau apa yang berlaku. Mungkin bila dia tengok makanan ada banyak, mereka mula bimbang kalau-kalau kucing lain habiskan makanan tu semua. Jadi, sekejap-sekejap dia akan pergi ke tempat makanan, dan makan makan makan…

 

Kalau nak tau, apa yang saya kata ni betul ke tidak, anda boleh cuba pasang CCTV cap Cottier ini berdekatan dengan tempat makan kucing-kucing anda. Nanti anda boleh tengok sendiri, perangai kucing-kucing anda apabila mereka ditinggalkan bersendirian di rumah.

 

Bawa kucing pulang ke kampung

Saya sebenarnya tak berapa suka bawa kucing balik kampung, sebab perjalanan tu agak jauh dan makan masa. Saya tinggal di Kuala Lumpur dan kampung pula di Jitra, Kedah.

 

Perjalanan boleh ambil masa sampai 6 jam lebih, kalau ikut halaju yang dibenarkan. Walaupun sebenarnya saya boleh sampai lebih awal dari itu, saya perlu ambil kira beberapa keadaan, misalnya berhenti rehat di R&R, isi minyak di petrol pump, singgah ambil gambar di mana-mana tempat yang nampak menarik, dan sebagainya.

 

Walaupun kucing-kucing ni tak dapat bercakap, cuma mampu mengiau, saya rasa mereka juga agak terseksa dengan perjalanan yang panjang dan memenatkan tu.

 

Macam mana pun, TERPAKSA. Saya pun bukannya suka-suka nak seksa kucing tu, dengan memaksa mereka ikut perjalanan yang jauh.

 

Alhamdulillah semuanya selamat.

 

Cuma kat sini, saya nak kongsikan beberapa perkara yang mungkin berguna untuk anda, jika nak bawa kucing balik kampung atau melalui perjalanan yang jauh. Ini antara yang saya sendiri lakukan ya.

 

1. Gunakan bakul atau carrier untuk kucing

Kalau boleh, jangan biarkan kucing bergerak bebas dalam kereta. Kadang-kadang dia akan buat perangai dan pusing satu kereta. Mungkin sebab dia tak biasa dengan persekitaran tu, jadi dia nak tandakan kawasan dengan bau dia.

pet-carrier

Cuma masalahnya ialah, kadang-kadang kucing ni akan pergi ke tempat pemandu, dan bahaya kalau dia duduk bawah pedal. Tak kiralah sama ada dia duduk bawah pedal brake atau pedal gas.

 

Benda ni pernah jadi kat saya, dan ini menyusahkan saya untuk tekan brake. Nasib baik sempat alihkan kucing tu tanpa sebarang kejadian yang tak diingini. Tapi, saya ingatkan, situasi tersebut memang bahaya!

 

Kalau anda minat nak dapatkan design yang sama, boleh tengok di halaman ini. Jenama Catit ini, ada banyak design yang lawa-lawa dan harga pun berpatutan. Bila saya kata harga berpatutan, saya maksudkan, ada yang murah.

 

2. Sila puasakan kucing

Ini step yang penting. Kalau boleh 3 – 4 jam sebelum perjalanan tu, jangan bagi kucing makan atau minum. Bagi dia puasa.

 

Lagi bagus kalau anda boleh “pujuk” atau “paksa” kucing anda tu untuk kencing atau berak dulu. Kucing saya ini, biasanya kalau dapat pasir baru, dia akan terus korek-korek dan lepaskan hajat. Tak susah untuk pujuk dia membuang sebelum travel.

 

Dulu, masa zaman tak berapa cerdik, saya bagi kucing saya tu makan dan minum dulu. Konon-kononnya tak nak bagi dia kelaparan dalam perjalanan. Sekali belum sampai ke destinasi, dia dah membuang dalam kereta la pulak. Dia punya bau… memang sungguh menyeksakan.

 

Lepas dah terberak dalam kereta, kucing saya tu muntah pulak segala yang dia makan sebelum bertolak. Mungkin dia mabuk agaknya. Selepas kejadian tu, setiap kali nak pergi mana-mana saya akan pastikan kucing yang nak dibawa tu, akan dipuasakan terlebih dulu.

 

3. Gunakan pet food dispenser untuk kucing yang ditinggalkan

bekas-makanan-untuk-kucing

Disamping kita perlu risau dengan kucing yang kita bawa travel bersama kita, jangan dilupa kucing yang ditinggalkan. Kalau boleh, dapatkan beberapa balang makanan macam dalam gambar tu.

 

Ecopet ini ada tawarkan macam-macam design yang anda boleh pilih. Ya, dari segi harga juga ada pelbagai. Nak pilih yang mahal, atau yang murah? Terpulang pada anda.

 

Food dispenser macam ni, akan keluarkan makanan sedikit demi sedikit. Jadi, kucing anda hanya akan makan apabila perlu, bukannya free flow macam makan kat buffet ramadhan.

 

Baiklah, semoga perkongsian ringkas saya ini bermanfaat untuk kalian ya.

 

 

Advertisements

One thought on “Bawa kucing balik kampung dan perjalanan jauh

  1. Pingback: Habis cuti raya dan selamat bawa balik kucing ke KL | sabreehussin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s