Makanan kucing jenama Love Cat 20KG untuk kucing kesayangan

Kadang-kadang saya tertanya-tanya sendiri… kenapa mesti nak bela kucing? 

limau

Semuanya bermula dengan budak dalam gambar ni. Nama dia Limau. Waktu tu, saya dan isteri baru pindah ke Cheras.

 

Kami memang tak plan langsung nak ada kucing. Satu hari entah macam mana, bila keluar dari kereta, terdengar suara anak kucing mengiau. Bunyi dia sayu-sayu je.

 

Cari punya cari, terjumpa dari mana arah datangnya bunyi tu. Rupanya ada seekor kucing masih kecik lagi, dengan kaki tempang, kurus, dan kelaparan. Entah siapala emak kucing ni…

Continue reading