Langkah pencegahan elak blog kena hack

Sejak blog saya kena hacked untuk kali yang kedua, saya rasa saya mula jadi seorang yang agak paranoid dalam isu-isu keselamatan.

 

Saya ada juga buat rujukan dari beberapa sumber, untuk dapatkan kepastian, apa sebenarnya yang menjadi punca kenapa sesebuah blog wordpress yang dikatakan paling selamat ni boleh kena serangan hackers?

cara-elak-blog-kena-hack

Rata-rata jawapan yang saya terima, semuanya berpunca daripada kelemahan dan kesalahan pemilik blog atau laman web itu sendiri.

 

Ingat tu! Bukan salah syarikat hosting. Sebaliknya salah sendiri yang tak berhati-hati apabila melayari internet.

 

Saya akan bagi beberapa contoh situasi yang akan mendedahkan diri anda dengan kebarangkalian untuk jadi mangsa hackers ni.

 

(1) Anda melayari laman web video streaming

Laman web video streaming ni lebih kepada jenis laman web yang dibina khusus untuk kita tengok video-video atau movie yang mempunyai hak cipta. Ada banyak juga laman web seumpama ini yang mana kita boleh tengok macam-macam movie.

 

Bukannya saya nak kata tak boleh nak tengok video streaming, cuma kena pastikan sistem keselamatan yang dipasang di komputer anda berfungsi dengan baik.

 

(2) Anda melayari laman web perkongsian fail (files sharing)

Biasanya daripada fail yang kita muat turun tu, mungkin ada tersorok fail yang dijangkiti oleh virus. Ada la orang jahat yang selitkan virus dalam fail tu. Fail kat sini merujuk kepada video, software, audio, dan sebagainya.

 

Anti virus anda kena cukup power untuk detect kewujudan virus dalam fail yang anda download tu. Kalau tidak, virus ni mungkin akan curi beberapa maklumat peribadi anda dan salah satunya maklumat berkenaan username dan login password anda.

 

(3) Anda melayari laman web lucah

Ini satu lagi tempat paling senang kena virus. Saya tak akan ulas lebih-lebih sebabnya masing-masing dah tau, dosa kalau layari laman web seperti ini.

 

Apa pun, secara tak langsung, saya kena terima hakikat bahawa tak ada yang kekal dalam dunia ini. Hanya Allah SWT sahaja yang kekal.

 

Apa yang terdaya untuk saya lakukan adalah dengan mengambil langkah pencegahan supaya kejadian seumpama ini tak berulang lagi.

 

Memandangkan kebanyakkan income saya datangnya dari laman web atau laman blog yang saya miliki, maka saya kena pastikan yang income saya tidaklah tertumpu hanya datang dari satu sumber semata-mata.

 

Ya, kena banyakkan laman web yang boleh generate income, supaya kalau satu laman web jatuh, ada laman web lain sebagai back up.

 

Ini buat saya teringat masa saya kerja dulu.

 

Pada satu hari, manager tempat saya bekerja bercerita tentang downsizing. Pihak pengurusan nak mengurangkan jumlah staf kerana dijangkakan jika tak kurangkan jumlah pekerja sekarang, syarikat akan ada masalah untuk bayar gaji.

 

Saya antara yang akan menerima nasib yang sama. Waktu tu, saya diberi pilihan, sama ada nak pindah department dan buat kerja-kerja baru, ataupun saya boleh berhenti serta-merta tanpa perlu bayar sebarang denda.

 

Pilihan saya?

 

Saya akui, saya agak emosi pada waktu tu. Saya nampak betapa saya ni tak bernilai, dan syarikat hanya pentingkan untung semata-mata (normal la benda ni, sekarang baru sedar ha3). Ada ke patut dia nak hantar saya ke satu department yang saya sendiri tak tau apa benda nak kena buat.

 

Jadi saya ambik keputusan untuk berhenti dan join syarikat lain.

 

Semasa di syarikat yang baru, kejadian yang lebih kurang sama juga berlaku. Apabila syarikat ada masalah kewangan, antara topik yang akan dibentangkan adalah tentang mengurangkan jumlah pekerja.

 

Sejarah berulang.

 

Saya pun berhenti.

 

Sekarang ni, apabila saya bekerja sebagai web developer, pendapatan saya berpunca daripada laman-laman web yang saya bina. Kadang-kadang hal yang seumpama pengalaman lalu akan terjadi kat saya.

 

Contohnya macam salah satu laman web kena serang dengan hackers. Pendapatan dari web tersebut pun terjejas. Tapi Alhamdulillah, sebab saya ada lebih dari satu laman web, pendapatan saya tidaklah terhenti macam tu sahaja.

 

Disamping saya mencari cara, macam mana nak dapatkan semula web tersebut, at least saya tahu, saya masih ada pendapatan lain yang boleh diharapkan.

 

Baru-baru ni, ketika saya sedang buat survey tentang apa perisian antivirus yang baik untuk saya pakai, saya terjumpa satu tawaran yang agak menarik.

antivirus-terbaik-norton

Rupa-rupanya, Antivirus Jenama Norton ni kita boleh dapat dengan harga tak sampai RM40 bagi penggunaan selama setahun. Yup, memang murah je.

 

Sekarang ni, saya lebih kerap scan laptop yang saya gunakan.

 

Sebelum saya mula buat kerja, iaitu selepas turn on laptop saya akan scan dulu. Dan sebelum nak tutup laptop pun saya akan scan laptop ni sekali lagi.

 

Moga-moga, sejarah tak akan berulang lagi.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s