Koleksi buku hasil tulisan Prof Dr Hamka

Ada beberapa ceramah agama yang saya ikuti, si penceramah ada mengesyorkan untuk para pendengar mendapatkan buku tulisan Prof Dr. Hamka.

 

Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Karim Amrullah lahir pada 16 Februari 1908 di Ranah Minangkabau, Sumatera Barat, dan meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981. Beliau dikebumikan di TPU Tanah Kusir Jakarta. Beliau meninggalkan 10 orang anak, tujuh lelaki dan tiga perempuan.

 

Nama Hamka bukan sahaja terkenal di Indonesia, malah di Malaysia, Singapura, Brunei, dan beberapa negara Arab. Beliau diberi gelaran Buya, panggilan masyarakat Minangkabau yang bermaksud ayah atau seseorang yang dihormati. Buya Hamka terkenal sebagai seorang sasterawan, pendakwah, ulama, dan aktivis politik.

koleksi-buku-prof-dr-hamka

Dalam banyak-banyak buku tulisan beliau, yang saya betul-betul minat nak beli sekarang ni ialah buku berjudul Tafsir Al-Azhar.

 

Baru-baru ni, saya ada tengok buku ni dijual di Popular Bookstore kalau tak silap saya. Sempatlah juga saya baca beberapa helai muka surat.

 

Memang menarik buku tu.

 

Saya rasa, setiap rumah wajar ada simpan buku ni.

Sayangnya, masa tu saya masih belum cukup duit nak beli. Pada masa yang sama, saya pun ada banyak sangat buku yang tak habis baca lagi. Jadi saya tangguhkan dulu untuk beli buku tu.

 

Saya ingat, nak tunggu laman web Bookcafe buat diskaun baru nak beli buku ni. Harao-harap, bookcafe akan bagi diskaun untuk buku ni.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s