Separa Perubatan – Fakta-fakta umum berkaitan jawatan Separa Perubatan [Download Percuma]

Adakah anda bakal menduduki temuduga Separa Perubatan bagi tahun 2017 ni?

 

Jika jawapan anda adalah ya, boleh saya tahu, sudahkah anda bersiap sedia dengan persiapan untuk menduduki temuduga separa perubatan itu nanti?

temuduga-separa-perubatan

Saya ada ebook ingin kongsikan kepada anda. Ebook ini, In Shaa Allah akan dapat bantu anda nanti.

 

Tajuk ebook ni ialah, fakta-fakta umum berkaitan jawatan separa perubatan. Boleh download secara PERCUMA sahaja menerusi link ini.

 

Sebelum nak duduk temuduga, eloklah kiranya kita ambil tahu dulu, apa sebenarnya jawatang yang kita nak mohon tu kan. Jadi bila dah baca panduan ni, nampaklah seperti kita ni betul-betul dah sedia.

 

Downloadlah panduan tu sementara ianya masih ditawarkan.

 

Update kedudukan kontes SEO Rose Face Serum Zeeta di Google – 27 Aug 2017

Ya, saya ada join kontes SEO Rose Face Serum Zeeta.

rose-face-serum-zeeta

Akibat daripada join kontes tersebut, blog ni agak terabai. Bila saya buka blog ni, baru saya perasan… alahai… kali terakhir saya menulis sesuatu dalam blog ni pun rupanya pada 9 Ogos yang lalu.

 

Ada tanda-tanda blog ni akan terabai ni kalau tak buat sesuatu. Jadi, saya pun cari idea, apa agaknya saya nak tulis dalam blog ni.

 

Idea untuk menulis tu memang ada banyak. Tapi mood nak menulis dalam blog ni macam agak kurang. Rasa macam tak best la pula, bila menulis tapi mood tak ada. Hasilnya nanti, ibarat satu penulisan yang tak ada jiwa ha ha ha.

 

Jadinya, selepas berfikir sejenak, maka saya pun buat keputusan untuk gunakan blog ini bagi saya update kedudukan terkini setakat 27 Ogos 2017.

 

Bawah ni adalah screenshot untuk kedudukan di google bagi keyword “Rose face Serum Zeeta” yang dipertandingkan.

Continue reading

Langkah pencegahan elak blog kena hack

Sejak blog saya kena hacked untuk kali yang kedua, saya rasa saya mula jadi seorang yang agak paranoid dalam isu-isu keselamatan.

 

Saya ada juga buat rujukan dari beberapa sumber, untuk dapatkan kepastian, apa sebenarnya yang menjadi punca kenapa sesebuah blog wordpress yang dikatakan paling selamat ni boleh kena serangan hackers?

cara-elak-blog-kena-hack

Rata-rata jawapan yang saya terima, semuanya berpunca daripada kelemahan dan kesalahan pemilik blog atau laman web itu sendiri.

 

Ingat tu! Bukan salah syarikat hosting. Sebaliknya salah sendiri yang tak berhati-hati apabila melayari internet.

 

Saya akan bagi beberapa contoh situasi yang akan mendedahkan diri anda dengan kebarangkalian untuk jadi mangsa hackers ni.

Continue reading

Koleksi buku hasil tulisan Prof Dr Hamka

Ada beberapa ceramah agama yang saya ikuti, si penceramah ada mengesyorkan untuk para pendengar mendapatkan buku tulisan Prof Dr. Hamka.

 

Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Karim Amrullah lahir pada 16 Februari 1908 di Ranah Minangkabau, Sumatera Barat, dan meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981. Beliau dikebumikan di TPU Tanah Kusir Jakarta. Beliau meninggalkan 10 orang anak, tujuh lelaki dan tiga perempuan.

 

Nama Hamka bukan sahaja terkenal di Indonesia, malah di Malaysia, Singapura, Brunei, dan beberapa negara Arab. Beliau diberi gelaran Buya, panggilan masyarakat Minangkabau yang bermaksud ayah atau seseorang yang dihormati. Buya Hamka terkenal sebagai seorang sasterawan, pendakwah, ulama, dan aktivis politik.

koleksi-buku-prof-dr-hamka

Dalam banyak-banyak buku tulisan beliau, yang saya betul-betul minat nak beli sekarang ni ialah buku berjudul Tafsir Al-Azhar.

 

Baru-baru ni, saya ada tengok buku ni dijual di Popular Bookstore kalau tak silap saya. Sempatlah juga saya baca beberapa helai muka surat.

 

Memang menarik buku tu.

 

Saya rasa, setiap rumah wajar ada simpan buku ni.

Continue reading

Homestay Al-Qarni di Seri Manjung Perak – Homestay bajet yang SELESA

Baru-baru ini, saya sebenarnya menerima satu tugasan menghasilkan artikel advertorial bagi mempromosi dan memperkenalkan sebuah bisnes homestay yang beroperasi di Seri Manjung, Perak.

 

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama saya mendapat tawaran untuk mempromosikan homestay disini.

 

Kebanyakkan homestay yang pernah saya bantu promosikan sebelum ini adalah homestay yang berada di Terengganu, Homestay di Melaka dan juga di Pulau Langkawi.

 

Menjadi satu cabaran apabila kita ditugaskan untuk promosikan sesebuah homestay, namun pada masa yang sama, kita tak berada secara fizikal di tempat tersebut.

 

Semasa saya menerima tugasan untuk mempromosikan homestay di Bukit Katil Melaka yang diberi nama Homestay Melaka Casa Indah, saya rasa tugasan ini tidak begitu sukar kerana saya diberi peluang untuk berada di tempat tersebut.

homestay-di-bukit-katil-melaka

Saya menginap disitu semalaman bersama keluarga dan kami sempat berbincang mengenai pengalaman menginap di homestay tersebut.

 

Sebenarnya, pelanggan yang mendapatkan khidmat advertorial dari saya ini, mereka mempunyai matlamat akhir yang pelbagai.

 

Ada yang fokusnya adalah untuk saya hasilkan sebuah artikel review berkenaan dengan pengalaman saya menginap di tempat tersebut.

 

Ada yang fokusnya adalah untuk mendapatkan kedudukan yang baik di laman carian google bagi kata kunci tertentu.

Continue reading