Kenapa kebanyakkan peluang kerja data entry secara online adalah scam semata-mata?

Dalam pencarian untuk mencari peluang bekerja dari rumah, saya percaya anda pasti akan temui iklan-iklan kerja kosong yang mempelawa anda untuk bekerja dari rumah sebagai kerani data entry.

 

Apa beza antara kerja kerani data entry secara online dengan kerja kerani data entry yang perlu datang ke pejabat?

 

Memang ada banyak bezanya. Saya akan senaraikan beberapa perbezaan.

data_entry_job_in_malaysia

Kerja data entry secara online

  1. Anda boleh bekerja dengan majikan dari seluruh negara atau seluruh dunia
  2. Kadar upah tidak tetap. Lazimnya, lagi banyak projek atau job yang anda siapkan dalam satu-satu masa, maka lagi tinggi upah yang bakal anda terima. Begitu juga sebaliknya, kalau tak banyak job maka upah juga tak banyak.
  3. Jika majikan anda di Malaysia, upah dibayar dalam RM manakala jika majikan dari luar negara, anda mungkin akan dibayar dalam matawang USD, Pound, Euro dan sebagainya.
  4. Kerja anda mengikut projek. Siap satu projek maka anda akan dibayar. Dalam satu-satu masa, anda boleh lakukan seberapa banyak projek yang anda mahukan.
  5. Kerja boleh dilakukan mengikut keselesaan waktu anda bekerja dengan syarat kerja mesti siap sebelum tarikh akhir (dateline)

 

Berikut ni pula adalah ciri-ciri kerja data entry jika dilakukan di pejabat.

Kerja sebagai kerani data entry di pejabat

  1. Anda berkhidmat untuk syarikat anda sahaja.
  2. Biasanya kadar upah adalah tetap, iaitu gaji anda sahaja. Tak kiralah sama ada anda banyak buat kerja atau sikit buat kerja.
  3. Matawang mengikut negara anda berkhidmat. Kalau kerja kat Malaysia, dapatlah upah dalam RM. Jika anda kerja di Singapura, anda akan dibayar mengikut matawang Singapore Dollar.
  4. Kerja datangnya dari company. Tidak boleh memilih kerja.
  5. Kerja biasanya mengikut waktu pejabat. Kalau waktu pejabat ni biasanya adalah sekitar 9 pagi hingga 6 petang dan kerja dari Isnin hingga Jumaat atau Sabtu.

 

Sesetengah orang, dia memang tak berapa suka nak terikat untuk bekerja dengan mana-mana syarikat. Ada macam-macam sebablah.

 

Antaranya inginkan kebebasan waktu. Supaya senang nak ambik cuti pada bila-bila masa. Kalau rasa nak cuti, cuti sahajalah. Tak perlu risau nak ambik giliran dan sebagainya.

 

Ataupun ada juga sesetengah orang yang TERPAKSA berhenti kerja atau mengubah tempat kerja atas sebab komitmen peribadi. Contohnya macam telah berkahwin dan ingin membesarkan anak dirumah.

 

Ada macam-macam sebab yang tersendirilah.

 

Ini menjadikan, kerja dari rumah sebagai satu pilihan yang tinggal dan paling realistik untuk dilakukan bagi memastikan pendapatan tidak terputus begitu sahaja.

jobdirumah-review

 

Walaubagaimanapun, tahukah anda, diluar sana terdapat begitu banyak tawaran kerja dari rumah, specifically dalam bidang data entry yang merupakan scam semata-mata?

 

Bahaya, bukan?

 

Selain anda perlu berhati-hati, at the same time, anda juga perlu lengkapkan diri anda dengan ilmu yang betul supaya anda boleh kenalpasti, mana satu peluang kerja data entry yang betul-betul boleh dipercayai dengan iklan kerja data entry yang merupakan satu bentuk penipuan semata-mata.

 

Timbul persoalan, kenapa peluang kerja data entry secara online banyak yang scam?

 

Sebenarnya kegiatan scam ni ada dimana-mana dan ia boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh, scam atau penipuan akaun bank.

 

Baru-baru ini saya menerima emel yang kononnya datang dari pihak Maybank.

penipuan-akaun-maybank

Nama penghantar adalah m2u Customer Service manakala emel penghantar adalah ali.alsadiq@vanderbilt.edu

 

Bagi mereka yang dah ada pengalaman atau setidak-tidaknya ada ilmu, memang akan nampak jelas lagi ketara bahawa emel ini tidak lain dan tidak bukan niatnya adalah untuk menipu semata-mata.

 

Matlamat emel ini adalah untuk penerima menekan klik pada link yang diberikan dan seterusnya mengikut langkah-langkah yang dikehendaki oleh si tukang penghantar.

 

Saya tak tahu, apa akan berlaku seterusnya, kerana saya tidak berminat untuk melayan emel-emel penipu macam ni. Besar kemungkinan, laman web tersebut akan menyebabkan saya kerugian dari segi wang ringgit jika tidak kerugian dari segi masa sekalipun.

 

Jadi, tindakan paling wajar adalah dengan mengabaikan sahaja emel-emel seperti ini.

 

Apa kaitan dengan penipuan kerja data entry ini?

Sebenarnya memang ada kaitan. Disana, disatu tempat entah dimana, terdapat manusia yang bersembunyi disebalik skrin komputer yang bakal menikmati keuntungan apabila kita jatuh kepada perangkap mereka.

 

Kadang-kadang, penipuan-penipuan ini mungkin tidak melibatkan jumlah wang yang besar. Sebagai contoh, hanya melibatkan sejumlah wang sekitar RM10 – RM50 sahaja.

 

Mereka yang kena tipu mungkin tidak begitu terasa kehilangan yang terjadi akibat penipuan terancang ini. Namun, jika kita ambil kira, mangsa yang tertipu mungkin mencecah ratusan ataupun ribuan orang, maka dari situ kita boleh buat pengiraan, berapa sebenarnya keuntungan yang dijana oleh si penipu tu tadi.

 

Baiklah, saya ada buat satu artikel khas yang membincangkan tentang jenis-jenis iklan kerja data entry yang boleh dipercayai.

Baca lagi: Iklan kerja data entry online dan office based yang boleh dipercayai

 

Saya harapkan dari perkongsian saya disitu, anda dapat kenalpasti, mana satu iklan kerja yang boleh dipercayai dan mana satu yang sepatutnya anda jauhi.

 

Jika anda memang minat untuk bekerja dari rumah, bolehlah luaskan lagi pembacaan anda menerusi pautan ini.

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s