Masalah blog wordpress kena hack dan cadangan penyelesaian

Salah satu dari laman web yang saya gunakan bagi tujuan pemasaran online kena hack. Memang pening kepala bila website kena hacked ni.

 

Dah la web tu memang menyumbangkan pendapatan kepada saya. Bila web tu kena hacked, alamatnya terhenti sudah salah satu sumber pendapatan.

 

Saya ada bincang dengan syarikat hosting. Kot-kot kalau mereka boleh bantu.

 

Ya, memang mereka boleh bantu. Tetapi kena bayar. Bayarannya pula adalah RM250 untuk satu web yang kena hacked.

kena-hacked

Alamak! Mahal tu. Saya ada beberapa web yang kena serang dan memang di hostkan dengan syarikat mereka.

 

Kalau pengiraan saya tak salah, saya ada sekurang-kurangnya 7 website.

 

Kesemua 7 website ni down sebabnya akaun hosting tersebut dah kena serang dengan hacker.

 

Kalau 7 website nak recover balik, kena bayar RM250 untuk setiap satu laman web. Berapa dah tu?

RM250 x 7 website = RM1,750!

 

Tuuuu dia aih!

 

Sampai RM1,000++

 

Rasa nak pengsan, bila kira sampai ribu-ribu nak kena bayar dengan programmer yang kononnya boleh tolong.

 

Apa nak buat kalau website atau blog anda kena hacked?

Ada beberapa cara.

 

Pertama, bincang dengan syarikat hosting anda. Biasanya mereka boleh tolong. Cuma kalau isu yang berulang ni, mungkin mereka tak akan tolong dah.

 

Masalah web kena hacked ni kadang-kadang berpunca dari kita sendiri. Kita layari laman web yang tidak selamat dan tanpa sedar, kita sendiri dah muat turun virus, malware, trojan dan segala macam benda yang tak baik.

 

Bila kita login ke laman blog kita, maka kita akan terdedah dengan serangan. Macam yang saya kena.

 

Cara kedua, belajar sendiri macam mana nak lawan hacker. Google, rujuk buku-buku tentang hacker dan sebagainya. Ya, saya sendiri tak ada masa nak belajar benda-benda macam ni.

 

Tapi disebabkan ini bukan pertama kali blog kena serang macam ni, nampaknya ada keperluan untuk belajar. Lagi satu, bila kita belajar tentang hacking ni, kita boleh tahu juga apa langkah pencegahan untuk elak blog kita kena serang lagi.

 

Cara ketiga, upah freelancer atau programmer untuk selesaikan masalah ini.

blog-wordpress-kena-hack

Tengah saya terbaca tentang buat duit dengan Fiverr, tiba-tiba terlintas kat fikiran saya, eh… takkan lah kat web fiverr tu tak ada orang yang nak ofer servis buang virus kat blog.

 

Ternyata memang ada, dan dari carian yang saya lakukan, hasilnya adalah seperti kat atas tu.

 

Ya, memang ada ramai freelancer yang berkumpul di Fiverr yang sudi untuk bantu selesaikan masalah ni dengan kos serendah USD30 sahaja!

 

Saya kira, USD30 tu masih lebih rendah berbanding dengan bayaran yang diminta oleh pihak hosting.

 

Saya rasa tiga cara ni dah cukup la kan untuk beri idea macam mana nak selesaikan masalah blog wordpress kena hacked ni.

 

Cara keempat yang saya duk pertimbangkan ni adalah saya nak tukar syarikat hosting kepada syarikat yang boleh bantu kembalikan semula web wordpress saya ni.

 

Kiranya dalam cara keempat ni, saya nak pindahkan terus file-file hosting sekali dengan yang kena hack tu ke syarikat hosting baru. Dengan harapan syarikat hosting yang baru tu dapatlah selesaikan masalah saya ni.

 

Boleh ke tak boleh?

 

Ini masih belum tahu lagi. Saya masih berbincang dengan syarikat hosting tu. Kalau confirm dia boleh buat, mungkin saya akan beralih ke syarikat hosting tu.

 

Apa syarikat hosting baru yang saya nak pilih tu?

webhosting-terbaik-blogger

Ya, syarikat Netkl.

 

So far, ini satu-satunya syarikat hosting yang tak menyusahkan saya dan kurang beri masalah. Sebab tu saya suka gunakan khidmat mereka.

 

Sebab tu, untuk mereka yang baru nak sewa domain dan hosting, saya suka rekemen gunakan khidmat Netkl.

 

Memang tak banyak masalah dan tak menyusahkan. Saya dah gunakan khidmat mereka sejak tahun 2010 lagi.

 

Bagi anda yang minat mencuba khidmat Netkl, boleh ke sini untuk daftar domain anda.

 

Ok la. Itu je saya nak cerita.

 

 

Advertisements

One thought on “Masalah blog wordpress kena hack dan cadangan penyelesaian

  1. Pingback: Bina laman blog bagi menghasilkan pendapatan pasif seumur hidup! | Formula Income Seumur Hidup FI$H

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s