Pendapatan daripada program affiliate sebagai pendapatan utama

Semasa saya masih lagi baru dengan kerja-kerja buat duit online, saya banyak berikan fokus kepada program pengiklanan seperti Nuffnang, Google Adsense dan juga bidvertiser.

 

Saya mula terjun dalam bidang ini pada sekitar tahun 2009 – 2010. Pada waktu ini, cara paling popular untuk buat duit online adalah menerusi program pengiklanan.

 

Selain program pengiklanan, ada juga yang buat duit dengan program jualan dan dropship seperti menjual menggunakan platform ebay.

 

Atas sebab-sebab tertentu, saya kurang berminat nak terjun dalam dunia ebay. Mungkin sebab pada waktu tu, ilmu tentang ebay ni masih agak kurang dan saya tak berapa selesa nak berurusan dengan geng-geng mat salleh.

 

Lagi satu, pada waktu tu, saya juga masih belum ada kad kredit ataupun kad debit saya sendiri. Saya rasa macam terlalu banyak halangan kalau saya nak buat ebay pada waktu tu.

 

Jadi, saya fokus sahaja pada program pengiklanan.

jana-pendapatan-pasif-dengan-program-affiliate

Pada masa yang sama, ada juga program affiliate yang boleh disertai. Namun, saya kurang berjaya dalam program affiliate. Saya merasakan seolah-olah nak buat duit dengan affiliate program ini sangat susah dan hampir mustahil untuk orang seperti saya buat duit menerusi program ini.

 

Sebenarnya buat duit dengan program pengiklanan juga bukan mudah. Kita perlukan sebuah laman web yang mempunyai jumlah pengunjung yang tinggi, barulah kita dapat hasilkan pendapatan yang lumayan.

 

Pendapatan pula dikira berdasarkan berapa banyak klik yang diperolehi.

 

Contohnya, kalau kita dibayar sebanyak 25 sen untuk setiap klik, maka untuk dapatkan komisen sebanyak RM40, maka kita perlukan sekurang-kurangnya 160 klik. Adakah susah nak dapatkan 160 klik?

 

Dari pengalaman saya sendiri, saya boleh katakan ianya sangat susah. Memandangkan kebanyakkan laman web yang saya miliki tidaklah begitu popular, maka apa yang dapat saya katakan, nak dapatkan 160 klik dalam masa sehari memang mustahil.

 

Sebenarnya, pada masa yang sama, kita perlu lihat juga, berapa banyak sebenarnya bilangan pelawat yang masuk ke laman web kita? Jika dalam sehari, kita cuma ada 1 – 20 orang pelawat sahaja, maka kan dari situ kita dah boleh nampak yang ianya sangat mustahil dan tak masuk akal untuk dapatkan 160 klik.

 

Klik yang diperolehi pada iklan juga akan ditapis terlebih dahulu. Pihak pengendali program perlu pastikan bahawa setiap klik yang terhasil tu betul-betul genuine dari pengunjung yang memang minat dengan iklan yang dipaparkan.

 

Bukannya orang yang saja-saja nak tekan klik, ataupun klik terhasil daripada diri kita sendiri yang tekan klik pada iklan sendiri.

 

Lepas tu, ada satu masa dulu, terkantoi pula ada satu grup yang suka main tukar-tukar klik. Aku tekan klik kat iklan ko, ko pulak tolong klik kat iklan aku.

 

Benda-benda seperti ini memang tak disukai oleh pengiklan. Mereka keluar duit untuk iklan, dan sudah tentu mereka mahukan pulangan dari bajet iklan yang telah mereka keluarkan.

 

Kalau iklan saja-saja tanpa ada pulangan, lambat laun mereka juga akan mula beralih kepada platform pengiklanan lain yang lebih berkesan.

 

Satu masa dulu, saya memang tak berapa yakin dengan program affiliate untuk dijadikan sumber pendapatan utama. Tetapi sekarang?

 

Semenjak berkembangnya industri ini dan makin banyak syarikat dan orang perseorangan yang menawarkan program affiliate, saya mula bertambah yakin bahawa menerusi program affiliate ini kita bukan sahaja boleh jadikan ia sebagai sumber pendapatan utama, malahan pada masa sama, kita juga boleh jadikan program affiliate sebagai sumber pendapatan pasif seumur hidup.

 

Ya, sekaranglah masanya.

 

Kat luar sana tu, anda namakan sahaja, apa produk yang anda ingin jual. Most likely, pasti ada program affiliate yang ditawarkan yang menjual produk yang sama.

 

Dengan adanya kepelbagaian seperti ini, kita dah tak perlu bimbang lagi kalau nak jadikan program affiliate sebagai sumber pendapatan. Malahan, satu masa nanti, saya percaya pendapatan dari program ini boleh menandingi pendapatan yang diperolehi dari gaji semasa.

 

Ianya tak mustahil.

 

Ada ramai kat luar sana yang sedang menikmati pendapatan seperti bekerja sebagai seorang engineer menerusi program affiliate.

 

Ya, kena pandai buat promosi. Kena pandai menjual. Satu perkara yang ramai orang takut, bila dikatakan kena pandai menjual.

 

Walhal, cara jual di internet bukannya macam kita jual secara berdepan-depan. Contohnya macam program affiliate ni sendiri. Cukup sekadar kita sebarkan link affiliate kita kepada seberapa banyak golongan sasaran yang kita mahukan.

 

Mereka tak perlu jumpa kita pun. Mereka (prospek) hanya perlu klik pada link affiliate kita dan seterusnya mereka hanya perlu bertindak. Sama ada membuat pembelian, mendaftar atau sekadar klik semata-mata.

 

Sekarang ni, ada program affiliate yang mana anda akan dibayar apabila

  1. Ada jualan (contoh program affiliate Lazada)
  2. Ada pendaftaran (Contoh program affiliate Formula Income Seumur Hidup)
  3. Ada klik semata-mata (Contoh program affiliate Trivago)

 

Kalau anda nak yang lagi best, apa kata anda sertai program affiliate dari Visondata ini.

visondata-program-affiliate-3-level

Satu benda yang menarik dan best tentang program affiliate Visondata ni ialah, mereka menawarkan komisen affiliate sehingga 3 level.

 

Berikut adalah struktur komisen yang ditawarkan

Level 1 – 15%

Level 2 – 2%

Level 3 – 0.5%

 

Produk yang dijual oleh Visondata adalah perkhidmatan wifi untuk mereka yang ingin travel ke luar negara. Sekiranya anda berminat untuk sertai program ini, bolehlah buat pendaftaran disini.

 

Kesimpulannya, jika ada antara pembaca yang ingin menjadikan program affiliate sebagai sumber pendapatan, memang boleh sangat. Yakinlah. Anda pasti boleh berjaya juga.

 

Jika bukan sekarang, pasti akan dapat hasilnya… walaupun ia nampak lambat.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s