Adakah seronok apabila bekerja sendiri?

Beberapa tahun kebelakangan ini, saya memang bekerja sendiri.

 

Kalau ada yang sibuk sangat nak tau, apa kerja saya? Saya akan kata yang saya bekerja sendiri.

 

Cuma istilah bekerja sendiri tu, ia amat general. Terlalu umum sampaikan ada sesetengah orang yang tak dapat nak bayangkan, apa benda yang saya buat untuk bekerja sendiri tu?

 

Ya… saya memang bekerja seorang diri. Asalkan ada laptop, ada sambungan internet yang stabil dan yang tak terputus-putus, saya dah boleh bekerja.

 

Cuma yang menjadi persoalan sesetengah orang ialah… apa sebenarnya yang saya buat untuk dapat duit?

 

Saya lakukan kerja-kerja yang mudah-mudah sahaja. Mungkin masih ramai yang tak tau, kat internet tu sebenarnya memang ada banyak kerja kosong yang mudah.

seronok-bekerja-sendiri

Bukannya kerja dengan syarikat mudah.my tetapi kerja-kerja yang senang-senang.

 

Bagi saya, kerja-kerja yang senang ni ialah seperti

  1. Menulis artikel
  2. Menghasilkan video promosi dan seterusnya upload ke Youtube
  3. Buat kerja data entry. Kerja data entry ni memang nampak senang tapi bagi saya ianya bosan sikit la.

 

Saya tahu, saya tak boleh selalu gunakan istilah bekerja sendiri ataupun bekerja dari rumah setiap kali orang tanya apa kerja saya.

 

Nak tak nak, saya kena come out with some job yang orang mudah nak faham dan boleh hadam setiap kali saya bercerita tentang kerja tersebut.

 

Fikir punya fikir, akhirnya pada satu hari tu, terlintas kat fikiran saya untuk gunakan istilah web developer atau boleh juga guna istilah content developer.

 

Bunyi nampak menarik dan agak catchy.

 

Ianya juga lebih mudah untuk diterangkan. Walaupun begitu, saya masih lagi mengekalkan konsep asal, iaitu bekerja sendiri tanpa ada bos.

 

Hanya ada pelanggan yang saya namakan ia sebagai klien. Itu sahaja.

buat-duit-bekerja-sendiri

Setiap yang bekerja sendiri tu, akan menerima pendapatan yang berbeza. Bergantung kepada skil, pengalaman, hasil kerja, sistem yang digunakan dan macam-macam lagi faktor.

 

Pada saya, berapa besar pendapatan tu tak begitu penting.

 

Even kalau saya dapat job yang bernilai RM10 atau RM20 sekalipun, saya dah cukup gembira.

 

Tapi kalau dapat job yang nilainya sampai beratus-ratus RM, itu lebih menggembirakan hati saya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s