Mengaku sebagai pengikut Imam Syafie tetapi berapa banyak buku tentang Imam Syafie yang kamu dah baca?

 

Sejak saya mula follow page FB Dr Rozaimi Ramle (Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith) saya mula kenal dan jadi minat untuk belajar dengan lebih mendalam tentang ilmu hadith.

 

Saya tahu, saya sedar.

 

Saya mungkin tak akan jadi seorang yang hebat dalam bidang hadis. Berkemungkinan, saya hanya akan jadi “seorang awam” dalam bidang ilmu hadis.

 

Namun demikian, setidak-tidaknya, saya nak jadi seorang yang celik tentang ilmu hadis. Bukannya seorang yang main terima bulat-bulat sesebuah hadis, tanpa mengetahui apa sebenarnya status hadis tersebut.

 

Adakah hadis sahih? Palsu? dan sebagainya.

 

Saya tak nak jadi macam sebahagian orang di media sosial tu, yang cukup laju “share” hadis. Kadang-kadang tu, hadis yang mereka share ni memang agak pelik bunyinya.

 

Sesetengah hadis kelihatan langsung tak masuk akal. Tapi disebabkan hadis tersebut nampak menarik, jadi dia pun main tekan butang share je.

 

Orang yang mereka-reka, dan mencipta hadis palsu ini, menipu atas nama Nabi Muhammad SAW. Bukan itu sahaja, mereka ni juga akan menipu atas nama imam hadis yang popular seperti imam Bukhari, Imam Ahmad, Imam Tirmizi dan sebagainya.

 

Kononnya nak bagi nampak hadis yang direka cipta tu nampak ada kredibiliti dan boleh dipercayai.

 

Walhal, hadis tersebut adalah palsu, dan rekaan semata-mata.

 

Bila saya ikuti perkongsian ilmu dari page Dr. Rozaimi ni, saya mula kenal sebahagian manusia yang kononnya adalah pengikut imam Syafie.

 

Saya juga mengamalkan mazhab Imam Syafie. Adakah saya dikira sebagai pengikut imam Syafie juga?

 

Perlu ke saya nak declare yang saya ni adalah pengikut mazhab syafie seperti mana yang dilakukan oleh mereka-mereka yang saya jumpa di media sosial tu?

 

Kamu kata kamu adalah pengikut imam syafie. Berapa banyak kitab dan buku tentang imam syafie yang kamu pernah baca?

Soalan ini buatkan saya berfikir sejenak.

 

Macam mana kita boleh mengaku yang kita ni adalah pengikut imam syafie, kalau buku-buku dan kitab beliau pun kita tak pernah baca.

 

Saya percaya, masih ada ramai lagi yang masih tak tau, apa nama sebenar Imam Syafie!

 

Tak apa. Benda ni kalau ada kemahuan, kita boleh belajar. Kita boleh cari masa untuk baca.

koleksi-buku-imam-syafie

Saya pun sebenarnya bukanlah baik sangat. Saya pun kurang membaca buku-buku tentang Imam Syafie ataupun kitab yang ditulis oleh ulama agung ni.

 

Kalau nak dibandingkan, saya rasa seumur hidup saya ni, saya lebih banyak membaca buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki berbanding buku-buku aliran agama yang ditulis oleh imam Syafie ataupun buku-buku yang ditulis berkenaan dengan Imam Syafie.

Continue reading

Pandangan RORA tentang kenyataan Tuan Ibrahim tentang beli makanan di Bazar dari orang yang tak tutup aurat

Saya memang selalu buka fanpage Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith.

 

Ada satu topik yang menarik perhatian saya. Saya tertarik pun sebab ianya menjadi satu perdebatan yang agak panjang.

 

Bermula dengan satu statement yang datangnya dari Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) tentang beli juadah berbuka puasa di bazar ramadhan dari penjual yang tidak menutup aurat, tidak solat.

 

Kemudian Dr. RORA menyatakan pandangan beliau yang tak setuju dengan statement dari TITM.

 

Seterusnya, dalam satu ceramah oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (UADAR), beliau menghentam Dr RORA dan mengaitkan pulak dengan isu LGBT.

 

Entah macam mana UADAR ni boleh nak kaitkan sampai ke LGBT punya kes pulak.

 

Saya ni cuma orang awam je. Orang awam yang dahagakan ilmu dan sentiasa mahu cari kebenaran.

 

Ok. Jadi saya pun cari, mana statement yang katanya datang dari TITM. Jumpa gambar ini.

kenyataan-tuan-ibrahim-dibidas-oleh-rora

Saya taip semula apa yang ditulis.

“Kalau nak beli di bazar. Jangan tengok apa yang dia jual tapi tengok siapa yang menjual. Jangan beli dari tangan-tangan yang tak takut pada Allah. Jangan beli dari tangan-tangan yang tak tutup aurat. Jangan beli dari tangan-tangan yang tak solat. 12 jam kita berlapar akhirnya kita berbuka dari makanan orang yang tak taat pada Allah.”

 

Adakah kata-kata ini diambil dari Al-Quran?

Adakah kata-kata ini diambil dari Hadis Nabi SAW?

Adakah kata-kata ini datangnya dari kalimah para Sahabat Nabi SAW?

 

Jika bukan, maka ia mungkin adalah pandangan dan pendapat peribadi sahaja. Jadi, adakah salah untuk kita tak bersetuju dengan pandangan peribadi?

Continue reading

Masa depan blog, legasi dan warisan pendapatan

Selepas beberapa ketika saya menulis di blog secara aktif, saya mula memikirkan masa depan saya dan juga masa depan blog-blog saya.

 

Saya mempunyai beberapa buah blog. Ada yang saya selalu kemaskini, dan ada juga yang agak jarang saya kemaskini.

 

Dulu saya tak begitu ambik kisah tentang hal-hal macam ni. Saya menulis sekadar untuk berkongsi info, kongsi maklumat dan kongsi ilmu.

 

Kadang-kadang saya menulis sekadar untuk isi masa lapang. Dalam bahasa mudahnya, menulis sekadar untuk suka-suka.

 

Namun, apabila blog yang saya tulis terbukti berjaya menghasilkan pendapatan, saya mula mencari formula yang lebih power untuk tingkatkan lagi pendapatan dari blog.

 

Jom baca pengalaman saya berjaya terima komisen dari program jobdirumah disini.

kerja-sampingan-tambah-pendapatan

Saya mula melihat aktiviti blogging ni dari perspektif yang berbeza. Saya mula memikirkan hal-hal seperti, warisan dan legasi.

 

Kalau orang cina yang saya kenal, mereka ni begitu gigih membangunkan bisnes ketika usia muda. Tak kiralah apa jenis bisnes sekalipun.

Continue reading

Buku murah berharga RM2 sahaja promosi dari Bookcafe

Pagi ini saya terima emel dari pihak Bookcafe.

 

Rupanya sempena nak raya ni, mereka ada jalankan kempen promosi hari raya jugak! Ingatkan orang yang jual kain, baju dengan biskut je yang akan tawarkan kempen promosi macam tu.

 

Penjual buku pun rupanya ambil peluang ni untuk jalankan kempen promosi sempena hari raya.

 

Jadi, salah satu kempen promosi yang menarik perhatian saya ialah kempen buku RM2.

buku-murah-online

Boleh klik ke sini untuk terus ke laman web Bookcafe.

 

Sengaja saya tak nak bagi direct link, tetapi saya bagi ke halaman utama sebabnya saya tahu kempen macam ni hanya sementara.

Continue reading

Adakah seronok apabila bekerja sendiri?

Beberapa tahun kebelakangan ini, saya memang bekerja sendiri.

 

Kalau ada yang sibuk sangat nak tau, apa kerja saya? Saya akan kata yang saya bekerja sendiri.

 

Cuma istilah bekerja sendiri tu, ia amat general. Terlalu umum sampaikan ada sesetengah orang yang tak dapat nak bayangkan, apa benda yang saya buat untuk bekerja sendiri tu?

 

Ya… saya memang bekerja seorang diri. Asalkan ada laptop, ada sambungan internet yang stabil dan yang tak terputus-putus, saya dah boleh bekerja.

 

Cuma yang menjadi persoalan sesetengah orang ialah… apa sebenarnya yang saya buat untuk dapat duit?

 

Saya lakukan kerja-kerja yang mudah-mudah sahaja. Mungkin masih ramai yang tak tau, kat internet tu sebenarnya memang ada banyak kerja kosong yang mudah.

seronok-bekerja-sendiri

Bukannya kerja dengan syarikat mudah.my tetapi kerja-kerja yang senang-senang.

 

Bagi saya, kerja-kerja yang senang ni ialah seperti

  1. Menulis artikel
  2. Menghasilkan video promosi dan seterusnya upload ke Youtube
  3. Buat kerja data entry. Kerja data entry ni memang nampak senang tapi bagi saya ianya bosan sikit la.

 

Saya tahu, saya tak boleh selalu gunakan istilah bekerja sendiri ataupun bekerja dari rumah setiap kali orang tanya apa kerja saya.

Continue reading