Hujung minggu layan video Youtube

Memang dah agak lama saya perasan benda ni. Kalau hari Sabtu je, saya mesti akan bermalas-malasan dan lebih banyak habiskan masa untuk buat kerja-kerja lain, selain menulis.

 

Hari Sabtu, lazimnya saya lebih suka tengok video sama ada tengok movie ataupun just layan video-video di Youtube.

Baca juga: Cara main game sambil buat duit online

 

Kalau video, sekarang ni saya tengah berminat nak tonton video-video dari Rafizi Ramli, Dr Maza, Dr Rozaimi dan yang terbaru saya layan juga video Ustaz Wan Ji.

drmaza

Saya pun bukannya pandai sangat.

 

Jadi apa yang saya mampu buat, ialah belajar dari orang yang pandai. Tak dapat jumpa dan bertemu muka pun tak apa lah.

 

Dapat dengar dan belajar menerusi channel Youtube pun jadilah..

 

Throwback pengalaman lalu disebabkan terpandang bas Rapid

Waktu balik dari solat jumaat tadi, saya terpandang sebuah bas yang diletakkan di tepi jalan.

 

Pada bahagian badan bas tersebut, dimana terdapat sebuah papan yang memberitahu kemana destinasi bas tersebut, tertulis NOT IN SERVICE.

 

Saya pun tak tau apa nama papan (board) tu. Jadi saya guna istilah papan sahaja.

 

Saya assume pemandu bas tersebut adalah lelaki Muslim. Dia letakkan bas ditepi bagi menunaikan solat fardhu Jumaat.

 

Rumah saya dengan masjid tak berapa jauh. Kalau jalan kaki, hanya ambil masa lebih kurang 10 minit. Tapi kalau berlari, rasanya 5 minit boleh sampai. Cuma penat la.

 

Saya teringat waktu saya tinggal di Pandan Indah dulu. Jarak antara masjid dengan rumah agak jauh. To be honest saya pun tak tau masjid paling dekat kat mana.

 

Saya tak ada kenderaan sendiri masa tu. Tak ada motosikal dan tak ada kereta. Malahan waktu tu, kereta pun saya tak reti drive.

 

Kalau nak solat Jumaat, sama ada saya ke Masjid Jamek KL, Masjid Hang Tuah ataupun Masjid Pudu.

 

Kena naik LRT kalau nak pergi ke situ.

tren-keretaapi

LRT pulak kalau waktu-waktu macam tu, memang lambat. Mungkin pihak pengurusan memang sengaja mengurangkan kekerapan tren sebab waktu tu bukan waktu puncak.

 

Saya pulak, bila tunggu tren mulalah dilanda keresahan.

Continue reading

Fatwa Kontemporari Dr Yusuf Al-Qaradhawi dengan diskaun 50%

Saya dapat emel dari Pihak Bookcafe.

 

Rupa-rupanya sekarang ni tengah ada promosi sempena Pesta Buku Online. Menarik tu.

 

Kalau pesta buku ni, kita sedia maklum yang pada waktu tu buku-buku akan dijual dengan harga yang sangat murah.

 

Yang paling tak tahan tu, ada diskaun sampai 80%. Kat luar memang tak akan dapat harga macam tu.

 

Dalam banyak-banyak tu, saya berminat dengan buku yang ditulis oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang berjudul Fatwa Kontemporari.

 

Tengok screenshot kat bawah ni.

buku-fatwa-kontemporari

dan lagi…

Continue reading